Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Perkenalan

Dicatat oleh Cik Muya


Salam perkenalan untuk semua dan ucapan terima kasih bagi semua yang sudi menjenguk http://huzaifie.blogspot.com/

Sedikit Perkenalan:

Nama yg diberi: Ahmad Huzaifie
Nama Ayah: Anuar
Nama Ummi: Farnina
Tempat kelahiran: Pekan pahang msia
Tarikh kelahiran: 13 mei 2009
Waktu kelahiran: Sebelum subuh
Berat: +3kg
Jenama pampers: drypers (ayarkkk ni pun nak kenai kan gak k??)


Untuk setakat hari ke19 umur huzaifie: sangat suka tidur diwaktu siang, kacau la macam mana pun xakan diperdulikan, tapi bila malam je time ummi n ayah nak tido maka akan celiklah bijik matanya luas2.. dan merengek2 nak itu nak ini :)
sangat marah kalau dibedung dan diikat tgnnya.. melalak2 dibuatnya.
dan rambut huzaifie dah mula menghitam kembali slps dicukur oleh ayah, cepat sungguh,
nnt la tunjukkan gambar huzaifie time sblm rambut kene cukur, sangat lebat dan sangat smart :)
sangat nyenyak tidur kalau dipangku (mula carik akai utk crik port yg baik bak kata tok)
maka disebabkan ini terpaksa juga dibubuh dlm enjut2 supaya tahan lama sikit tidonya..
tapi normal la baby belum cukup bulan tidoq je kejenye, xkan nak g nyapu sampah, kutip tin, msak tomyam plak kot kan??

selepas sahaja tok pahang balik..setelah menjaganya seminggu lebih, huzaifie mule dedar2 badannya.mula meragam2. rindu tok agaknya.
jangan la demam hendaknya.. sebab keluarga ummi dari johor akan datang minggu depan untuk ziarah baby baru.. nyang pun ada sama nak jenguk cicit baru.. ziarah huzaifie lah tu.. sapa lagi..

Detik Kelahiran

Dicatat oleh Cik Muya

Untuk siibu yang melahirkan AHMAD HUZAIFIE

Kota Kasih Mahkota Hati
Aduhai mahkota hati
pada saat pintu kelahiran dibukakan
kaulah yang memberi sinar
pada detik tangisan yang
berkumandang
dan di situ kau dianugerahkan pahala para syuhadah.

Duhai mahkota hati
kau jualah yang mencorakkan
warna putih hayat kami
tanganmu yang menghayun buaian
menitipkan semangat juang untuk
menggoncang dunia
terimalah kata kasih kami
sebagai tanda kesyukuran
pada setiap irama derap tumit kakimu
ketika melagukan kecekalan
pada setiap tutur bicaramu
ketika menjeritkan ketabahan
tanpa gagal mengekalkan kurnia
syurga di bawah tapak kakimu
terima kasih mahkota hati
kau milik anak dunia
kata kasihmu
tumpah pada semua.

Sumber link ------> Rosminah Mohd. Tahir